Karnival DagangHalal

LAMAN UTAMA / HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI

LOKASI

MASA / TARIKH

Kami sedia membantu menjawab sebarang persoalaan anda.

    HUBUNGI KAMI

    LOKASI

    MASA / TARIKH

    Peluang globalisasi kini telah tiba. Untuk vendor / pempamer, isikan ruangan ini dan kami akan menghubungi anda tidak lama lagi.

      SOALAN LAZIM:

      Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya kehilangan barang-barang saya di acara Karnival DagangHalal?
      Sekiranya barangan anda hilang, sila jejak semula langkah anda untuk menentukan sama ada barang-barang anda tertinggal di lokasi yang lain. Jika tidak, sila laporkan segera kepada kakitangan keselamatan ekspo makanan kami yang ditempatkan di sekitar tapak ekspo. Dengan itu, para pegunjung diingatkan bahawa pihak berkuasa TIDAK AKAN bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang berlaku sepanjang acara.
      Adakah topeng muka wajib untuk memasuki tapak ekspo makanan?
      Bagi orang awam, memakai topeng muka adalah tidak wajib, meskipun disyorkan untuk memakainya. Bagi pempamer pula, setiap anggota diwajibkan memakai topeng muka untuk tujuan pengendalian barangan makanan. Para pempamer juga dinasihatkan untuk menukar topeng muka mereka setiap hari dan membuangnya dengan selamat untuk mengelakkan penularan jangkitan.
      Walaupun keadaan pasca-pandemik sekarang, saya masih bimbang tentang aspek keselamatan. Adakah terdapat stesen sanitasi di tapak ekspo sebelum masuk?
      Stesen sanitasi gel akan ditempatkan di pintu masuk sebelum permulaan ekspo untuk tujuan kebersihan dan keselamatan. Semua individu juga disyorkan untuk membawa semburan sanitasi-poket untuk perlindungan diri mereka.
      Adakah saya dibenarkan membawa masuk makanan luar dan barang-barang bagasi ke dalam Karnival DagangHalal?
      Ya. Semua pengunjung dan hadirin dibenarkan untuk membawa masuk barang-barang persendirian atau bagasi ke dalam tapak ekspo makanan.
      Adakah terdapat tandas di dalam tapak pusat pameran?
      Tiada unit tandas ditempatkan di tapak ekspo makanan. Walau bagaimanapun, para pengunjung boleh menggunakan unit tandas yang berdekatan yang boleh didapati di luar pusat pameran.